BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 5, 2011

India oh India.........

Lagi 2 minggu aku akan berangkat ke India iaitu pada 19hb ni.Ni semua gara-gara terpengaruh dengan kaum kerabat saudara mara aku lah yang beria-ria nak tengok Taj Mahal. Macam tak caya la plak aku nak fly nih..Aku pergi menggunakan travel agency ape tah nama travel agency tu aku lupa le...Sebab makcik aku yang arrange semua!

Aku memang teringin sangat nak tengok reka bentuk pembinaan Taj Mahal.Bukan apa, hari tu dalam Astro channel Discovery ada menceritakan tentang sejarah Taj Mahal iaitu salah satu dari 7 Wonders di  dunia ni. Kisah di sebalik Taj Mahal ni memang menarik. Terutama tentang kasih sayang Shah Jehan terhadap isterinya Mumtaz, dan bagaimana dia digulingkan dari tahta pemerintahan oleh anaknya sendiri selain senibinanya yang dipenuhi dengan pelbagai batu permata(semua batu permata dah dicuri oleh penjajah British.Sebab tu kalau ko tengok mahkota Queen Elizabeth sikit punya berkilau batu permatanya, tu hasil dari Indialah).Best tau kalau kita tengok dan tahu tentang sejarah dahulu kala.Dah macam ahli ekologi sejarah aku ni!!Korang boleh baca dan buka link ni kalau berminat http://windowonislam.blogspot.com/2009/03/lagenda-shah-jehan-dan-mumtaz.html

Bab makan di India, takde le risau sangat pasal pihak travel agency dah sediakan tempat makan kat hotel dan restoran.Kalau aku pegi sana TANPA menggunakan travel agency, korang berpeluang le tengok aku balik Malaysia slim sket dari sekarang cuma perut ke depan aje aku takleh nak cover comel.Aku tak sanggup makan kat India sebab kotor.Travel agency pun dah pesan jangan beli makanan sebarangan bila di sana dan kalau nak minum, beli air mineral aje...

Cuma sekarang aku perlu dapatkan surat doktor sebab sekarang aku tengah pregnant 5 bulan (20 minggu). Harap-harap dapat le surat perlepasan doktor tu. Kalau tak dapat, nampak gayanya Mr.Ray sorang le yang kena pi India dan melayan karenah super duper makcik-makcik aku yang kelam-kabut..Hohoho...Dapat ku bayangkan muka Mr. Ray kalau dia aje yang pegi.

Mr.Ray awal-awal lagi dah bagitau aku, kalau aku tak boleh pegi, dia pun takmau pegi..Risau jadi apa-apa kat aku.Tapi aku tau, bukan itu yang dia risau sangat...dia risau kalau aku tak pegi India dia takde 'geng bas sekolah' aje...hahaha...

Aku pegi India ni pun nak kena hati-hati...ye lah risau gak kalau sakit ke apa...Jadi apapun aku just standby pelbagai ubatan untuk dibawa bersama nanti.Cuaca pun sejuk masa aku di sana. Kalau tak silap aku 16C..Mau beku gak aku kat sana.Budak-budak ofis ada pesan jangan plak aku pi tempat-tempat macam kuil sebab takut 'keras'.Aku doa sahaja harap-harap takde perkara tak elok berlaku.Insyaallah, Allah ada bersamaku dan baby dalam perut ni..

Oklah,korang doa-doakan aku dan keluarga selamat pergi ke India dan balik ke Malaysia ye..Moga semuanya selamat...Aminnn......

Tuesday, January 4, 2011

Lari tajuk cerita asal....

Semalam Mr.Ray balik kerja awal.Katanya kemarin dia kena pindah ke ofis lama dan hanya berkemas apa yang patut je..Kerja tak banyak sebab adegan pindah ofis yang diberi keutamaan.Hmmm...Mujur aku balik kerja sebelum dia sampai jadi aku terus capai towel dan mandi.Takde le nak relaks-relaks dulu..Bukan apa, laki aku ni kalau aku dok relaks sambil mengangkang tengok TV, dia ni ada sikit perasaan dengki,busuk hati dan iri hati yang melampau...Dia takleh tengok aku senang ada aje 'modal' nak cari pasal..

Alasan cari gado dan nak aku mandi dulu per-1:-
Dia selalunya.."You tu ada lelah..Semput.Mandi lambat, kang mula le susah nafas le,sakit dada le...kalau badan tu tak kuat mandi awal-awal, kalau semput I biar aje baru tau" (Itu ayat rutin).
Alasan cari gado dan nak aku mandi dulu ke-2:-
"TV tu penting sangat ke sampai tak reti nak mandi lagi,satgi nak maghrib mula le kelam kabut mandi nak solat berbagai" (sambil menunjukkan muka cembengnya)
Alasan cari gado dan nak aku mandi dulu ke-3:-
Tanpa suara hanya raut wajah tak puas hati...Kadangkala bawa sampai ke tempat tido....(part ni aku takleh terima, sebab malam-malam aku memang nak dia peluk aku, aku ni penakut sket.Wakakaka....Sebelum ni boleh lak ko tido sorang ye annis, time bujang2 dulu)

Kalau dia balik kerja lepak kejap sambil tengok TV then baru mandi leh plak.So aku ni baik, malas nak gado-gado..hehehe..iye ke?aku mengalah aje..Balik rumah, terus capai towel dan mandi...itulah rutin aku.Padahal aku tau dia nak berebut TV dengan aku...Huh!

Yang aku pelik, kenapa lelaki iaitu para suami takmau mandi dulu tapi mesti kita yang kena mula dulu, tak kira ko mandi time nak pegi kerja ke atau sesudah balik kerja...KENAPA?????????????????????????Adakah mereka nak kita jadi bahan ekperimen untuk melihat tahap kesejukkan air di dalam toilet?Atau hakikatnya mereka takut air?Korang tahu kenapa????Kalau tau tolong komen ye....aku nak jugak mempunyai teori yang bernas dan boleh diterima dek akal fikiran yang waras ni...errmmm.......tapikan............

Sebenarnya ini bukan apa aku nak cerita pun......Motif???

Abaikan aje....Sekian, wasalam....

Pengajaran: Mandi awal untuk elak sebarang pergaduhan.Bila ko mandi ko akan jadi harum lebih harum dari bunga sundal malam...so suami pun sayang......Jangan ko pakai bedak bercapuk plak..kang jadi hantu kak limah balik rumah.......Mau laki ko pengsan! 

Pages