BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 23, 2010

#Episod Balik Raya 1

Lama juga aku tak menjengah blog sendiri.Aku pun  tak tahu kenapa.Ibarat ketandusan idea plak nak bercerita padahal banyak gila cerita aku nak kongsi bersama.

Tapi hari ni idea aku mencurah-curah..Bersemangat rasanya!Yehaa............Apapun terlebih dahulu aku nak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" walaupun raya dah hampir 2 minggu berlalu..Yang penting masih di bulan Syawal kan?....dan aku juga nak mohon Maaf Zahir Batin.Manalah tau cerita aku ada menyakitkan hati sesiapa walaupun hakikatnya aku tau aku sket pun tak berdosa dengan korang.

Aidilfitri kali ini adalah raya pertama aku sambut sebagai seorang isteri.Bila nak raya perasaan aku mulalah rasa TAKMAU berdiplomasi...Huhuhu...Nak balik kampung sendiri!!!Korang nak tau tak, dulu aku sanggup bertegang urat dengan boss aku kalau dia takmau luluskan cuti raya.Pada aku raya is raya.Kau bagi atau tidak ke aku TETAP nak balik KAMPUNG!Takde kompromi..Jahatkan aku??Hahaha.....Tapi itulah aku bila sampai bab raya ni, sikap toleransi aku hilang entah ke mana..sebenarnya aku boleh nak kompromi tapi saje takmau.Macam le aku sorang ada kampung!Tapi aku peduli apa janji aku balik kampung dan beraya dengan keluargaku.Penah sekali boss aku cakap kalau aku blah balik kampung awal dia akan berhentikan aku...korang tau apa tindakan aku??Kau fikir aku kisah dengan ugutan kau mentang-mentanglah kau boss..kau leh buat apa aja..Salah orang beb.Aku siap balas,"It's up to you.I rather being fired than going back to my hometown during Eid Mubarak".Gubra boss aku dengan keganasan aku yang tidak disangka-sangka!Tapi akhirnya dia bagi approve gak cuti raya aku!Mana tak nya aku salah seorang pekerja kesayangan...so pandai-pandailah jaga aku kang kau juga yang kurang sales.Taktik mau ada beb.

Bila dah kahwin ni..Adoi fening lah...Aku rasa ada kot dalam 10 kali Mr. Ray ubah-ubah fikiran nak beraya mana..Dan sebanyak 50 kali aku bagi alasan itu ini nak bagi Mr.Ray balik kampung aku dulu...Ada satu tahap tu aku cakap kat dia..."Apa kata you balik kampung you, I balik kampung I.Ok per....nanti kita bermaaf-maafan awal le"...Tudiaaaaa....Mr. Ray cuma jawab, "I suami you keputusan kat tangan I, nanti I fikirkan apa yang terbaik untuk kita"...Adoii..nak pikir apa kejadahnya lagi..cakap le balik kampung siapaaaaaa..senang sket dari aku mimpi ngeri malam-malam teringat raya kat mana.Betullah menduga keimanan aku!

Mulalah timbul idea bernas aku.Masa hari nuzul Al-Quran sememangnya public holiday bagi warga Kuala Lumpur.Sah-sah le cuti..Nuzul Al-Quran jatuh hari Jumaat.Aku ajak Mr.Ray balik kampung dia.So dapat le dia merasai Ramadhan dan berbuka puasa di desa tercinta. Aku kasi 'chan'.Mr. Ray dapat bercuti dengan mak dan adik beradiknya selama 4 hari..sebab Isninnya adalah Hari Kemerdekaan...Dia happy dan aku pun 'happy' ada makna tu

Bila balik KL, dengan sendirinya Mr.Ray kata, "Tahun ni kita beraya rumah you lah since 4 hari I kat kampung.Minggu depan dah raya.Kesian you tak rasa langsung puasa kat kampung you".Aku diam aje.Tapi dalam hati ada "Kembang Setaman".Plan aku menjadi!Aku tak bersuara bukan apa..Takut dia ubah fikiran...Jadi berdiam adalah jalan selamat.Kata orang tua-tua 'diam tu tandanya setuju'..Heheehe...

Minggu terakhir tu, mulalah aku memborong sakan dan membeli apa yang patut untuk mengembirakan hati kaum keluargaku. Biskut raya dah dibeli dan baju serta duit raya semua sudah tersedia..Kereta dah diservis..walaupun aku tau cina pomen tu hentam aku kaw-kaw time nak raya..Aku masih mampu tersenyum sebab dalam hati ada taman..Mr. Ray siap tukarkan tayar kereta aku lagi sebab kami cadang balik naik kereta Wira Aeroback cabok buah hati pengarang jantung ku itu instead of kereta Mr.Ray!

Cadang kami nak balik pada 9hb, sehari sebelum raya sebabnya Mr.Ray masih bekerja waktu tu.Aku 7hb  lagi dah cuti!!Tension gak tapi aku dah punya komitmen keluarga ayat sedap hati tu.7hb tu aku last buat delivery biskut homemade (hasil usahasama aku dan makcikku -Chu) tempahan kengkawanku..(Lupa aku nak cerita pasal biskut raya yang aku jual yek..ini salah satu penyumbang kepada ketiadaan masa utk aku menge'blog'), nantilah aku citer.

Tetiba aku dapat call dari Mr.Ray petang tu lebih kurang dalam pukul 4.45 mengkhabarkan berita gumbira yang dia dapat cuti esoknya iaitu pada 8hb.Dan kami ubah plan untuk balik 8hb awal sehari dari tarikh sepatutnya. Malam tu kelam kabut aku menge'pack' barang.Paginya selepas sahur dah nak memulakan perjalanan selama 6jam jauhnya nun ke utaqa Perlis kalau jalan tak jam.

Mataku mula dah terbayang sawah padi yang terbentang luas....hatiku mula menyanyikan lagu  arwah Sudirman 'Balik Kampung'...Seronoknyaaaaaaa...

Nak tau apa jadi??Tunggu entri seterusnya....Nanti aku sambung, lenguh jari maaa....Sabaq nooo...


Nota Kaki:
kasi 'chan' - bagi peluang 
'pomen' - mekanik 
'cabok' - lama





Pages