BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 30, 2010

Orang Perlis Makan Gulai Tempoyak

Lama sungguh aku tak meng'update' blog. Sejak mengandung ni tahap kemalasan aku memang melampau-lampau. Tapi dek kerana seorang adik angkat kesayangan aku 'si jimah' dari blog Bila Che Jimah Bercherita.... asyik dok kata dia dah boring sebab aku tak update blog aku patutnya tuan punya blog yang boring ini terbalik le plak.Makanya hari ni aku nak meng'update' atas permintaan budak sorang nih!

Che Jimah ni adalah orang Bagan Serai, Perak dan baru mendirikan rumahtangga.Aku ni dah berlif,dia baru nak siap tangga...takpe masa dia panjang lagi..org tua-tua kata"kentut pun bau wangi lagi".Baru-baru ni aku kasi tempoyak kat Che Jimah ni sebab dia teringin sangat manalah tau kot-kot dalam perut dia ada isi sama cam aku..sapa tau kan...isshhh....Jadi disebabkan dia nak sangat, aku tanya dia, tempoyak tu dia nak masak apa?Gulai tempoyak kah?Colek tempoyak kah? Tapi aku tak dapat sebarang jawapan dari budak sorang ni. Aku terus le bagi suggestion..
Aku   : "Azimah hang buat aje gulai tempoyak, sedap hingga menjilat ibu jari kaki"
Aku tanya dia lagi
Aku  : "Hang tau tak buat gulai tempoyak?"
Tapi jawapan yang aku terima cukup mengkonpiuskan aku.
Che Jimah  : "Akak bagi la resepi"..
Aperrrrrr???Ko minta resepi dari orang utara??Biaq betui budak ni...Tapi aku rasa dia ni nak mencabar serta menduga kewibawaan dan keupayaan aku sebab aku kan kawen dengan orang Kuala Kangsar, Perak..
Baiklah, aku nak membuktikan diriku juga hebat!Apa hang ingat orang Perlis taktau makan tempoyak.Oleh kerana tempoyak tu favourite aku lah sebab tu aku cari orang Perak buat laki..Kalau tak hampeh!

Aku reti masak tempoyak pun hasil perrghhh hasil apa ko ingat hasil nukilan ke Annis ooii dan berkat tunjuk ajar suami tercinta, ibu mertuaku aka MIL dan kawan-kawan aku yang sememangnya orang Perak..(Hidup Yeop!!wakakaka), Apa la ku meraban ni!

Kalau family aku nun di Perlis aku rasa mau terbelalak mata diaorang nengok aku makan tempoyak macam tak cukup nasi.Diaorang mesti pengsan 50 kali aku rasa...Sebab aku tau kalau suruh diaorang 'amik bau' macam citer P.Ramlee - 3 Abdul tu pun diaorang tak hinggin..tu le family aku...Busuk le, makan benda masam le..tah apa-apa tah..Relaks le...cara nak memasamkan durian jadi tempoyak tu bukan pakai buah yang dah busuk..tapi buah durian yang elok dan diperam lama.Bersih hokeyyy cara pembuatannya...tapi mungkin tekak masing-masing lain lain...takleh nak argue le kan.

Baiklah di sini aku nak Post Resepi Gulai Tempoyak version Orang Perlis Masak..So Che Jimah pasni boleh cuba resepi kak hang yang hebat ni!!

Bahan-bahan:-

Cili Padi -ikut suka (kalau suka pedas sampai nak berasap telinga ko bubuh le lebih)
Cili Merah
Bawang Besar
Tempoyak (ikut suka ko la labu banyak mana ko nak)
Daun Kunyit
Halia (ciput jer..besar kuku ibu jari ko) kalau letak banyak tak sedap..orang utaqa kata pedaq lidah...
Serai ( Ko ketuk-ketuk manja jer tapi jangan sampai hancur plak)
Air
Ikan (kalau nak sedap ikan terubuk ke, patin ke, keli ke, kembong aka temenung aka tongkat dagu)
Kunyit hidup atau serbuk kunyik sikit aje (hujung sudu)
Garam 
Gula

Cara-caranya:-
Cili padi,cili merah,bawang besar dan halia ditumbuk kasar.Masukkan ke dalam periuk bersama tempoyak.Daun kunyit tu dikoyak-koyakkan  dan serai yang diketuk masukkan juga ke dalam periuk.Masukkan air ikut sukatan berapa banyak yang korang suka. Masak sampai mendidih..No minyak hokeyyy............

Dah mendidih, masukkan sedikit gula.Kalau tempoyak tu masam ko masukkan gula. Pastu masuklah garam. Last sekali baru masuk ikan.Api perlahan..Ko buka api kuat..mau hancur ikan ko.Jadi gunakan api perlahan bukan api semput macam nak abis nyawa...dan bila ikan ko dah masak...Tutup la api.Pastu boleh mentekedarah.

Lupa aku nak bagitau fungsi kunyit hidup atau serbuk kunyit tu...kalau ko nak gulai tempoyak ko kaler kuning macam masak lemak tu..ko letak le sket, tapi kalau ko suka biar nampak tempoyak asli macam aku suka takyah tambah apa-apa dah....kuning dia biasa aje..tak le menawan tapi 'kepoweran dan kick'nya tu yang aku tak boleh blah...........SODAAAAAAAAAAAPPPPPPPPPPPP...

SELAMAT MENCUBA....LA NI BARU HANGPA TAU ORANG PERLIS PUN MAKAN GULAI TEMPOYAK TAU!

Pages