BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 5, 2011

India oh India.........

Lagi 2 minggu aku akan berangkat ke India iaitu pada 19hb ni.Ni semua gara-gara terpengaruh dengan kaum kerabat saudara mara aku lah yang beria-ria nak tengok Taj Mahal. Macam tak caya la plak aku nak fly nih..Aku pergi menggunakan travel agency ape tah nama travel agency tu aku lupa le...Sebab makcik aku yang arrange semua!

Aku memang teringin sangat nak tengok reka bentuk pembinaan Taj Mahal.Bukan apa, hari tu dalam Astro channel Discovery ada menceritakan tentang sejarah Taj Mahal iaitu salah satu dari 7 Wonders di  dunia ni. Kisah di sebalik Taj Mahal ni memang menarik. Terutama tentang kasih sayang Shah Jehan terhadap isterinya Mumtaz, dan bagaimana dia digulingkan dari tahta pemerintahan oleh anaknya sendiri selain senibinanya yang dipenuhi dengan pelbagai batu permata(semua batu permata dah dicuri oleh penjajah British.Sebab tu kalau ko tengok mahkota Queen Elizabeth sikit punya berkilau batu permatanya, tu hasil dari Indialah).Best tau kalau kita tengok dan tahu tentang sejarah dahulu kala.Dah macam ahli ekologi sejarah aku ni!!Korang boleh baca dan buka link ni kalau berminat http://windowonislam.blogspot.com/2009/03/lagenda-shah-jehan-dan-mumtaz.html

Bab makan di India, takde le risau sangat pasal pihak travel agency dah sediakan tempat makan kat hotel dan restoran.Kalau aku pegi sana TANPA menggunakan travel agency, korang berpeluang le tengok aku balik Malaysia slim sket dari sekarang cuma perut ke depan aje aku takleh nak cover comel.Aku tak sanggup makan kat India sebab kotor.Travel agency pun dah pesan jangan beli makanan sebarangan bila di sana dan kalau nak minum, beli air mineral aje...

Cuma sekarang aku perlu dapatkan surat doktor sebab sekarang aku tengah pregnant 5 bulan (20 minggu). Harap-harap dapat le surat perlepasan doktor tu. Kalau tak dapat, nampak gayanya Mr.Ray sorang le yang kena pi India dan melayan karenah super duper makcik-makcik aku yang kelam-kabut..Hohoho...Dapat ku bayangkan muka Mr. Ray kalau dia aje yang pegi.

Mr.Ray awal-awal lagi dah bagitau aku, kalau aku tak boleh pegi, dia pun takmau pegi..Risau jadi apa-apa kat aku.Tapi aku tau, bukan itu yang dia risau sangat...dia risau kalau aku tak pegi India dia takde 'geng bas sekolah' aje...hahaha...

Aku pegi India ni pun nak kena hati-hati...ye lah risau gak kalau sakit ke apa...Jadi apapun aku just standby pelbagai ubatan untuk dibawa bersama nanti.Cuaca pun sejuk masa aku di sana. Kalau tak silap aku 16C..Mau beku gak aku kat sana.Budak-budak ofis ada pesan jangan plak aku pi tempat-tempat macam kuil sebab takut 'keras'.Aku doa sahaja harap-harap takde perkara tak elok berlaku.Insyaallah, Allah ada bersamaku dan baby dalam perut ni..

Oklah,korang doa-doakan aku dan keluarga selamat pergi ke India dan balik ke Malaysia ye..Moga semuanya selamat...Aminnn......

2 comments:

aNiS tHe BumbleBee said...

cececece..nk pegi india..singgah laa kt sri lanka jap..hehehe...

just nk advice,bawala jugak bekal2 makan ke skit.sbb bila pregnant,kena jaga jugak makan.takut2 makanan xbersih ke apa kan...enjoy your trip!

india&sri lanka mmg byk batu permata yg mabeless!!

MyStory said...

ada citer sedey ni..i'm not fit travel....so terpaksa ler burn tiket flight and visa...hmm...lepas bersalin nnt le kita pegi india pastu leh pi sri lanka sekali...hehehe

Pages