BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 2, 2010

#Episod Balik Raya 2 - Last kopek...baru sempat update

Sorry ye cerita aku ni bersambung-sambung plak...bukan apa...banyak sangat halangannya..So hari ni aku nak sambung cerita aku dari episod sebelum ni.

8hb tu aku dan Mr.Ray bertolak dari KL selepas sahur.Seronok bukan kepalang aku sebab dah tau buta-buta balik raya Perlis...Permulaan perjalanan dari KL, aku yang drive.Mulanya aku bercadang nak drive sampai ke Kuala Kangsar.Nak singgah kejap rumah mertua sebab ayah aku pesan kuih bauhulu.Ayah aku ni kalau dia hadap bauhulu..100 biji boleh habis sehari.Favourite dia!Sebagai anak aku kena la penuhi permintaan ayah aku tu.Hehehe..Lagipun, aku kena le ambil hati mertua aku juga.Betul tak?

Tapi entah macam mana, mata aku ni macam terbuai-buai plak.Mengantuk Ya Rabbi...Gamaknya sebab kereta banyak walaupun takde kesesakan lalu lintas.Aku bila drive dalam dalam keadaan separa slow ni mulalah mata buat hal.Jadi untuk menyelamatkan keadaan, servis bertukar tangan...Mr.Ray sambung drive..

Dalam masa aku yang ketiduran, 2-3 kali juga aku terjaga dan tanya Mr.Ray mengantuk tak?Dan dia kata dia ok..Dalam keadaan berpuasa, badan kita cepat lesu..sebab tu aku prihatin dan bertanya...Tapi aku tengok dia steady jerk..siap dok nyanyi-nyanyi lagu Maher Zain lagi..Bila tengok dia ok..aku sambung tido le..hehehe...

Dalam aku yang tido-tido ayam tu aku dok rasa yang Mr.Ray drive agak laju dan ada masanya terbrek-brek...Aku buka mata, masa tu baru aje lepas terowong Ipoh...kawasan situkan agak merbahaya...dan melalui gaung dan susur menuruni bukit...Dalam keadaan mamai aku sempat tengok Mr.Ray drive laju gak agak menghimpit kereta depan..Yang aku ingat, aku sempat cakap kat Mr.Ray,"Jaga-jaga..dekat sangat tu dengan kereta depan"...Dan...

Dalam 5 minit aku kata...dan ketika kereta yang berderet-deret di dalam kelajuan masing-masing yang menyusuri selekoh tajam...kereta di hadapan telah brek mengejut...dan jarak kereta aku dan kereta Spectra tu cuma 3 kankang kaki jerk...aku dah dapat rasakan sesuatu.....dan mulut aku tak berhenti beratip pada Mr.Ray supaya dia berjaga-jaga namun akhirnya......aku sempat menutup mata....Dentuman yang kuat ku rasakan.....

Kami accident!!Dalam aku memejam mata tu...aku sempat lihat di side mirror yang lori treller kat belakang kereta kami menuju laju....Dalam hati aku cuma berserah.....nak mengucap pun aku dah tak reti...terkedu rasanya....Aku hanya diam menunggu hentakan dan dentuman yang kedua.Aku betul-betul pasrah..

Syukur Alhamdulilah.Lori treller tu sempat brek..dan cukup-cukup sipi untuk menghentam kami....Ya Allah...Terima kasih kerana aku masih mampu bernafas di bumimu....Aku rasa mengigil sangat-sangat..cukup sebak tapi ku tahan jua..Punca utama kereta Spectra yang kami langgar tu berhenti sebab selang beberapa buah kereta di hadapan kami juga ada kemalangan berlaku.Kalau ikut logik salahnya kereta Spectra le...Tapi kalau ikut undang-undang...salah tetap pada kami sebab memandu di dalam jarak yang dekat.

Aku memang bengang awalnya sebab aku rasa aku baru aje servis kereta dan aku dah pesan pada Mr.Ray supaya jarakkan kereta dan berhati-hati.Tapi dalam keadaan lain aku bersyukur sebab kami selamat dan masih hidup..Nyawa tiada galang gantinya.....Marahku mula mengendur...Astargfirullah....

Kami cuba settle di luar.Kami bayar RM400 pada pemandu Spectra.Mujurlah abang ni baik dan orang melayu kita...Kami perlahan-lahan drive ke Kuala Kangsar yang hanya 2 km sahaja jaraknya...Di sana kami terus ke mekanik yang adik Mr.Ray selalu servis kereta.Dan mekanik tu cakap dia boleh siapkan esok kereta aku tanpa cat.Selepas selesai semua urusan,mekanik tu hantar kami ke rumah mertua di Sayong Masjid.

Sampai di rumah mertua, baru Mr.Ray call ayah aku dan maklumkan keadaan kami.Dan bila aku mendengar suara ayahku..terus aku menangis...bukan sedih duit yang bakal melayang tapi kerana masih hidup...Bayangkanlah kalau lori treller tu langgar kereta kami..dan depan kemek kena hentak pasti teruk lagi dan pasti macam tin sardin.Bukan nak down gred kan kereta buatan Malaysia..Tapi hakikatnya kalau langgar sikit pun kemeknya macam accident teruk sangat!!!..Nauzubillah minta dijauhkan dari musibah yang mengerikan!

Cadangan nak berpuasa sehari di Perlis nampaknya tinggal harapan jer la...Esoknya kereta aku siap pun dah petang...Lepas berbuka puasa, malam tu juga kami bertolak ke Perlis.Kali ni aku drive..dah semacam fobia dengan pemanduan Mr.Ray.Esok raya...dan malam tu aku sampai Perlis tepat pukul 12 tengah malam.

Raya seakan kurang meriah..Banyak duit raya ditarik sebab berlaku catuan kewangan..What to do!..Ingatkan lepas repair kereta di Kuala semuanya ok..sebab raya ke 4 dah nak berangkat ke Kuala Kangsar tapi terpaksa ditangguhkan sebab keretaku masih ada gegaran..dan raya ke 4 tu kami terlepas acara pertunangan adik Mr.Ray..Raya bersambung lagi di rumahku seminggu lamanya...

18hb September baru kami berangkat ke Kuala Kangsar.Namun keretaku masih tidak berfungsi dengan baik..kena masuk workshop lagi....memang banyak betul duit kami berdua 'terbang' pasal kereta ni...Sedih betul!

20hb September lepas kereta dah siap, kami terpaksa konvoi dengan adik Mr. Ray balik ke KL.Mana lah tau kereta buat hal, sekurang-kurangnya ada orang nak tolong...Dan dalam perjalanan balik ke KL memang betul 'dugaan'..kereta buat hal lagi..temperature still naik..jadi kami kena le berhenti setiap RnR...Dan alhamdulilah...Akhirnya sampai juga ke KL...

Penat sungguh dan esoknya aku kena ke ofis...kereta??Pinjam kereta Mr. Ray le sebab kereta aku masuk workshop lagi...........hai nasib-nasib....



Nilah rupa kereta aku di bahagian depan
 Arah sisi












0 comments:

Pages